Selasa, 15 September 2015

TENTANG ASEAN BUSKERS CLUB




KELAB ASEAN BUSKERS adalah salah satu kelab dari 30 kelab bawah naungan 1M4U MAQIB.Kelab ini diterajui oleh Presiden Kelab iaitu En Azmi B. Ali (Pak Pandir).

Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk menggabungkan ahli Buskers seluruh Malaysia selain memberitahu kepada umum apa itu Buskers.

Menurut Pak Pandir,kelab ini bakal mengadakan PROGRAM ROAD TOUR yang diaturkan pihak pengurusan MAQIB.Ia bagi menarik orang ramai mengenali apa kelebihan Buskers dan mengubah persepsi orang ramai terhadap Buskers.Mereka berpeluang menjadi ahli kelab selepas berdaftar sebagai ahli Majlis Amanah Qualiti Internet Biru.

Penubuhan kelab ini bukan bertujuan untuk bersaing dengan dengan mana-mana band Buskers yang lain tetapi tujuannya adalah mencari rezeki bersama hasil dari berbusking.Turut diadakan sesi upgrading,bengkel dan kursus Busking untuk berkongsi ilmu sesama peserta.

Harapan Presiden adalah untuk bekerjasama dengan pihak MAQIB bagi mengubah masa depan setiap orang yang ingin mencapai impian,selain mengajak ahli2 kelab mewar-warkan kepada umum apa kelebihan kelab dan MAQIB sendiri untuk memupuk ukhwah bersama bagi mencapai sasaran SEJUTA WAJAH dan MEMBASMI KEMISKINAN.




\